[close]
Jan 3, 2012

Posted by in Berita Menarik, Pelajar, Sekolah | 0 Comments

Program Pasca PMR

Adalah menjadi tradisi di SMK Kiaramas, sebaik selesai sahaja peperiksaan PMR, para pelajar Tingkatan 3 disediakan dengan pelbagai aktiviti bagi memenuhi masa terluang sebelum cuti akhir tahun. Pada tahun ini, seperti tahun-tahun lalu, para pelajar tingkatan 3 terlibat dengan program keceriaan sekolah, lawatan sambil belajar, perkhemahan pasca dan program kemasyarakatan.

Pada tahun ini, perkhemahan pasca PMR telah diadakan di Broga Adventure Camp, Broga, Semenyih, Selangor selama dua hari satu malam. Bagi program kemasyarakatan pula, para pelajar telah mengadakan aktiviti masalan 1 Malaysia dan program sembelihan.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah seperti Gotong-royong Membersihkan Surau dan Bengkel, Concert Just For You (Bakatku), lawatan ke ASWARA, Hari Keusahawanan dan pertandingan Futsal dan Badminton.

Kesemua pelajar Tingkatan 3 memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung.

 

About webmaster

has written 57 post in this blog.