[close]
May 31, 2012

Posted by in Berita Menarik, Gallery, Guru, Pelajar | 0 Comments

Kem Akademik 2: PMR dan SPM

Cuti sekolah pertengahan tahun telahpun bermula. Namun begitu, bagi para pelajar Tingkatan 3 dan 5, perjuangan untuk memperolehi keputusan yang membanggakan perlu diteruskan. Atas sebab itu, pihak sekolah mengambil inisiatif dengan mengadakan Kem Akademik khas untuk para pelajar ini sebagai salah satu persiapan menghadapi peperiksaan sebenar PMR dan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kem Akademik Ke-2, SMK Kiaramas telahpun selesai dijalankan pada 28 – 29 Mei 2012. Para pelajar Tingkatan 3 dan 5 ditempatkan di Pusat Sumber dan Dewan Terbuka sepanjang sesi diadakan. Penyertaan pelajar pada Kem Akademik kali ini amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan Kem Akademik Pertama.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang dapat hadir dan terima kasih juga kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa cuti untuk datang ke sekolah bagi mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar ini.

 

About webmaster

has written 57 post in this blog.