[close]

Lagu Sekolah

Kami anak wawasan bangsa
Menjunung harapan negara
Berusaha demi matlamat mulia
Dalam suasana indah ceria

Titah Ilahi kami taati
Pada ibu bapa yang dikasihi
Para pendidik yang kami sanjungi
Agar hidup kami diberkati

Semangat tinggi terus didaki
Bersahsiah dan berwawasan
Disulami dengan nilai murni
Itulah moto kami semua

Ilmu yang dituntut
Jadi pegangan hidup
Berdisiplin, berusaha, beramal
Tetap teguh di jiwa

Andainya rintangan datang melanda
Kami tetap tempuh bersama
Doakan kami terus di persada
SMK Kiaramas
Pasti berjaya

Lirik dan Lagu
MOHD SHAHIDIN BIN MOHD SHAARI